May 14, 2012

5 Tahun Manteraworks (2007 - 2012)

Pada tarikh hari ini, tanggal 14hb. Mei 2012 menandakan genapnya 5 tahun Manteraworks™ ditubuhkan sejak 2007.

Nantikan pengumuman lanjut untuk event, workshop, karya terbaru dan keluaran terkini daripada kami sepanjang sambutan ulangtahun.

Terima kasih kepada semua yang menyokong kami dan teruskan menyokong!

... 

May 09, 2012

Siri Workshop Mingguan Manteraworks™ (Siri 101)


HIGHLIGHT | KURSUS MINGGU INI
101. Kursus Penulisan Cerita dan Naratif dalam Komik/Kartun

‘Menulis’ untuk komik dan kartun secara amnya dapat didefinasikan sebagai penjanaan konsep sebuah idea, susunan elemen-elemen imej berbentuk sequence dan juga pembinaan babak demi babak sebuah naratif plot yang mempunyai komposisi dialong yang dirancang. Ini secara langsung merupakan sebuah bahagian penting dalam kesemua struktur sesebuah naskah komik dan kartun.

Ia juga adalah sebuah special skill set sangat unik dan keperluan komponen-komponennya tidak selalunya sama dengan bentuk penulisan dalam jurusan lain seperti penulisan novel, skrip TV atau filem dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, amat dekat dengan penulisan cerita sebuah pementasan teater yang mana ianya lebih menarik serta dramatik dan lebih menghiburkan namun bermanfaat. Dan teraju utama produksi sesebuah komik dan kartun yang baik adalah bermula dengan seorang penulis yang mampu menulis dengan bagus berbekalkan ilham dan inspirasi berpandukan pengalaman serta pengetahuannya yang dihimpunkannya.  

Siri Workshop Mingguan Manteraworks™ (Siri 101) dengan ‘Kursus Penulisan Cerita dan Naratif dalam Komik/Kartun’ ini akan memberikan kursus kondusif bagi membina cerita dan naratif yang mantap untuk seorang pengkarya tidak kira apa jua latar belakang anda - sama ada penulis, pelukis ataupun peminat dan juga pengkritik komik dan kartun.

Dari sebuah konsep asas hinggalah kesempurnaan karya terus ke penerbitannya, kursus ini merangkumi:
  • Garis panduan profesional tentang seni penulisan kreatif dalam penghasilan komik dan kartun, termasuk plotting, penciptaan watak dan perwatakan, dialog, pacing dan banyak lagi
  • Eksplorasi kreatif dan analisis melalui hasil komik dan kartun (lokal dan antarabangsa)
  • Melihat secara telus dan terus option skema penerbitan (mainstream dan independent)
  • Latihan teori dan amali berserta panduan dan tips-tips berguna untuk menghasilkan karya bermutu!

Tarikh
12hb. Mei 2012 (Sabtu) ATAU, 13hb. Mei 2012 (Ahad)

Masa
9.30 pagi hingga 4.00 petang

Tempat
Markas Manteraworks
E 05-4, East Wing Subang Square Business Park
Jalan SS15/4 Subang Jaya
47500 Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

Bayaran
Yuran Pendaftaran untuk setiap kelas yang dihadiri adalah RM75.00 untuk kelas sulung pertama  
- RM50.00 untuk kursus-kursus susulan yang berikutnya


Pengambilan kini dibuka untuk semua yang berminat.

>>DAFTAR SEKARANG!<<

Untuk maklumat lanjut termasuk jadual lengkap kursus, yuran pendaftaran, senarai semakan dan pertanyaan, sila hubungi:

:: petimanteraworks@gmail.com
:: faizalmukhtar@gmail.com
:: +(6)011 1637 9927 (FM)

May 08, 2012

WORKSHOP KREATIF MINGGUAN UNTUK SEMUA!



Sudah tiba masanya untuk anda berkarya secara serius dan penuh semangat. Buat julung kalinya, Manteraworks™ telah menggerakkan kursus mingguan yang sangat berguna lagi praktikal untuk mereka yang mempunyai minat mendalam dan bakat yang terpendam – tidak kira sama ada anda seorang pelukis, penulis, peminat, pengkritik, pengikut dan pejuang dalam jurusan seni kreatif.

Siri Workshop Mingguan Manteraworks™ merupakan sebuah program lengkap serta bersepadu untuk sesiapa sahaja yang cintakan apa yang mereka lakukan atas nama minat dan bakat serta mahu berkarya secara fokus lagi komited. Kursus dan workshop yang disediakan dirangka begitu padat dengan panduan, pengetahuan, informasi, tips-tips, maklumat berguna daripada sumber yang profesional serta menggamit inspirasi dan aspirasi. Tenaga pengajar berpengalaman serta kemudahan kursus yang ternyata kondusif sudah pasti akan menambahkan lagi keunikan inisiatif jurusan kursus dan siri-siri workshop yang disediakan. Pendekatan latihan serta pengajaran ditawarkan merupakan satu-satunya silibus khas yang wujud di negara ini sekarang.

Jadual kursus MEI 2012 (Setiap Sabtu atau Ahad) ---

12/5 atau 13/5,
101. Kursus Penulisan Cerita dan Naratif dalam Komik/Kartun

19/5 atau 20/5,
102. Kursus Penciptaan Watak dan Perwatakan (Drama TV/Filem)

26/5 atau 27/5
103. Kursus Kolektor Komik dan Grafik Novel
(Asas Penjagaan dan Metode)


Pengambilan kini dibuka untuk semua yang berminat.

>>DAFTAR SEKARANG!<<



Untuk maklumat lanjut termasuk jadual lengkap kursus, yuran pendaftaran, senarai semakan dan pertanyaan, sila hubungi:

:: petimanteraworks@gmail.com
:: faizalmukhtar@gmail.com
:: +(6)011 1637 9927 (FM)

April 17, 2012

MUQADDIMAH | "Di alam Mantera inilah, gagasan itu bermula dengan semangat dan kalimat."


“Love what you do, do what you love”
- Ray Bradbury

Masih tersemat dan kuat teringat lagi akan kata-kata yang dizahirkan oleh seorang penulis pulp-fiction terkenal suatu masa dahulu ketika aku sedang serius menonton sebuah dokumentari mengenai diri beliau itu. Ironiknya, ramai pengkarya-pengkarya dan kreator-kreator di luar sana yang berjiwa kental dan berhati waja sudah tentunya telah lama memegang prinsipal sepertimana tertera. Tiada prasyarat dan tiada agenda tersembunyi. Bukan untuk wang, harta mahupun nama semata-mata. Cuma berkarya ‘for the sake of’ ingin berkarya. Hanya mahu jadi ‘true’ dan ‘real’ tanpa sebarang gangguan dan kacau-bilau yang tidak perlu. Kadangkala (atau selalunya), manusia termasuklah golongan pengkarya biasa dan kreator marhaenis terlalu menitik-beratkan faktor klinikal seperti ekonomi dan survival sosial. Mereka terlalu kuat memegang doktrin kapitalis seperti gaji, bonus, elaun, komisyen dan sebagainya. Walhal sekiranya kita percaya pada prospek bakat sendiri dan potensi kebolehan kita yang sejati, kita boleh menandingi malah menakluk hierarki tertinggi kehidupan kita dalam mengecapi kepuasan berkarya secara total.

Hidup di zaman moden ini nampaknya agak mustahil untuk mengecapi kepuasan material yang diperjelaskan tadi. Kerana sudah terang lagi nyata bahawasanya wang, harta, nama dan kepentingan-kepentingan lain yang terwujud adalah sangat ‘essential’ untuk mana-mana pengkarya atau kreator maju dalam kerjaya mereka. Tetapi untuk individu yang sudah melalui fasa hidup dari mustahil ke tidak mustahil, dari tidak mustahil ke sangat-sangat realistik, ianya masih menjadi pegangan hidup buat aku untuk terus membuat kerja yang aku suka dan suka membuat kerja yang aku suka itu pada bila-bila masa atau untuk siapa-siapa juga (dengan atau tanpa syarat tertentu). Aku sudah, masih dan tetap lagi ingin menemukan pengalaman-pengalaman baru. Bukan sahaja untuk kerja-kerja yang aku lakukan sehari-harian tapi untuk pengisian matlamat hidup aku.

Kerana aku percaya pengalaman dan pengisian matlamat hidup adalah sumber kebahagiaan yang sebenar-benarnya dalam apa sahaja yang kita hajati di dunia ini. "For it is not the destination that matter. It is the journey", bak kata sarjana pujangga.

Oleh kerana itu, aku rasakan sudah sampai masanya untuk aku berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada sesiapa sahaja yang hendak dan mahu memanfaatkannya seadanya. Dalam seluruh lapangan dan bidang yang aku suka, yang aku minat dan yang aku cinta: KOMIK. FILEM. BOLASEPAK (interestingly enough, aku rasa ketiga-tiga subjek ini mempunyai pertalian sinergetik yang sangat kuat lagi utuh. Baik dari aspek kreatif mahupun sudut selari dengannya). Katakan sahaja ia adalah sebuah "a childhood obsession that becomes a lasting adult passion" yang tidak pernah kunjung hilang dari dalam darah daging. Aku tidak mahu menunggu masa tua atau waku-waktu yang hujung untuk menulis tentangnya. Bagi aku masa yang terbaik adalah sekarang kerana sekarang adalah masa yang paling tepat sekali.

Aku berniat mahu menulis dalam ruangan ini kerana 7 faktor/punca/ sebab yang berikut:

  1. Adalah penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan supaya ianya dapat dimanfaatkan bersama demi pedoman kerja dan kelahiran karya mendatang
  2. Supaya mereka-mereka yang terlibat dalam lapangan, jurusan, bidang dan fahaman yang sama dengan aku dapat tahu apa yang sedang berlaku pada sudut pandang dan sisi perspektif yang berbeza ataupun yang sama
  3. Memberi kesedaran dan teguran terbuka/tertutup untuk kesilapan dan kesalahan menurut apa yang aku lihat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku tadi
  4. Bertukar-tukar teori metaforikal, analogikal dan substantial mengenai karya kreatif yang telah, sudah dan sedang diusahakan tanpa unsur kritikal dan komentari provokasi yang sadis
  5. Menggerak elemen motivasi dan semangat kepada pengkarya-pengkarya baru (dan mungkin lama) mengenai dunia kreatif yang punya prospek besar tidak kira secara lokal ataupun global menerusi aspek kognitif yang kondusif
  6. Mewujudkan kesepaduan jiwa dan batin bahawa kita semua punya potensi untuk mengubah dunia dan merubah ketidakbetulan dan kebetulan kepada ketentuan serta takdir ciptaan karya kita sendiri
  7. Percaya pada apa bentuk karya dan hasil kreatif yang kita hasilkan adalah unik dan mempunyai nilai istimewanya untuk setiap mereka yang tahu, mahu dan layak untuk menilai pada tempatnya yang betul

Maka, mulai sekarang aku akan menulis tentang kita melalui pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi selama ini dan yang akan aku perolehi tidak lama lagi. Tentang apa yang kita tulis atau lukis, tentang apa yang kita mahu buat dan akan lakukan, tentang teorikal dan praktikal, tentang dunia dan semesta yang seluas-luasnya untuk kita temukan inspirasi dan ilham daripadanya. Masa tidak banyak untuk yang tahu menghargainya kerana terlalu banyak waktu telah dipersiakan hanya untuk berundur dan berlengah-lengah menginjak ke belakang. Walhal untuk kita ke depan itu terlalu luas ruang dan peluang yang terbentang jalan hamparan. Perguruan aku mengajar aku untuk serap seberapa banyak mungkin kesilapan dan kesalahan yang ada dan terus belajar daripadanya untuk jadi lebih baik dan yang terbaik. Kerana dengan kesilapan dan kesalahan itu tadi, kita dapat mengetahui dan membuat muhasabah kelemahan-kelemahan yang wujud dalam diri kita selama ini. Mengaku apa yang kurang serta dangkal, lantas perbaikinya sedikit demi sedikit hingga lengkap mental dan fizikal menempuhi medan juang. Itu antara prinsip menghadapi ujian dan cubaan dalam berkarya untuk setiap di antara kita semua.

Ketibaan aku ke persimpangan yang sangat berliku ini membuatkan aku jadi begini.

Aku tidak mahu tunggu sahaja.

Aku tidak mahu tangguh sahaja.

Aku tidak mahu terima dan ambil sahaja.

Aku mahu kuatkan diri lagi dan menjemput pembaca pojokan ini, yang mana aku yakin tergolong dalam lingkungan pengkarya agung dan kreator hebat untuk langsung membuka pencak dan menghunus segala swadaya sendiri demi membuktikan yang hak adalah hak dan yang betul adalah betul mengikut jurus-jurus kekuatan kita.

Di alam Mantera inilah gagasan itu bermula.


Masa untuk Manteraworks melangkah masuk dan buktikan segala kata

FM

December 11, 2011

SELAMAT DATANG BUAT KALIAN SEMUA KE SEMESTARAYA MANTERAWORKS !

Terima kasih kepada semua yang melayari laman weblog ini.
Update dan kemasan terkini akan tersiar tidak lama lagi.